Friday, October 23, 2009

Kadang kadang

Kadang kadang kita lupa nak bertanya khabar dia..

Kadang kadang kita selalu pk dia tak ingat kita..

Kadang kadang kita lupa kengan bersama sama..

Kadang kadang kita hanya ingin tahu dari mengambil tahu..

Kadang kadang kita tak sedar ada orang yang meyayangi kita..

Kadang kadang kita suka menyakitkan hati kawan kita..

Kadang kadang kita tidak sedar kita telah membuatkan sesorang itu kecewa..

Terlalu banyak kadang kadang dalam hidup kita..

Thursday, October 22, 2009

Sayang Dalam Diam

semangat aku tiba tiba hilang bila aku nampak seorang yang sangat ku idamkan bersama orang lain..bermesra,akrab,rapat..seperti bukan hubungan antara teman biasa.hancur hati Tuhan saja yang tahu..

Betul lah apa yang dikhabarkan oleh sahabat aku..Aku masih menidakkan apa yang aku nampak.Bermimpikah aku??

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

itu kejadian hampir setahun yang lalu.Sejak itu hubungan kami renggang.Masing masing ego dan mahu memenangkan diri sendiri.Aku semakin jauh hati dan membuat keputusan untuk mengundur diri dalam diam.

dan di sini lah aku kini.bersendirian,keseorangan membawa sebuah kelukaan yang tiada siapa tahu.kalau lah aku tahu sakit,merananya diri menyerahkan hati ni tanpa dia sedari..tidak sesekali aku membenarkan hati ini menyayanginya..

Wednesday, October 21, 2009

Pergilah kesedihan

aku x boleh bersedih lagi..

aku tidak boleh mengenang lagi.kehidupan harus di teruskan walau apa yang terjadi..

tapi kuat kah aku untuk meneruskan segala yang bakal mendatang dalam hari2 ku ini..

kelukaan kekecewaan parutnya tetap ada..

selangkah ke alam baru

pertama kali aku menulis dalam blog kepunyaan aku sendiri..

selama ini leka dan asyik membaca luahan hati,cerita suka duka kehidupan orang lain

angan dan harapan aku semoga dengan adanya blog aku sendiri ni,dapat lah aku berkongsi pendapat,pandangan,mengumpul kenalan,meminta nasihat untuk aku membetulkan kesilapan hidup dan memperbaiki diri yang naif ini..